Masalah Buasir.



 
   Buasir merupakan penyakit yang terjadi pada bahagian dubur. Ia dapat dikesan dengan adanya pembengkakan pada saluran dubur. Selalunya, pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Bengkak yang terjadi adalah disebabkan oleh pengembangan saluran darah pada bahagian dubur atau ketumbuhan sel-sel yang melapisi saluran dubur. Selain bengkak pada saluran dubur, pendarahan semasa membuang air besar juga terjadi disebabkan oleh luka yang terjadi apabila najis keras bergesel dengan buasir.

Terdapat dua jenis buasir iaitu buasir dalaman yang merujuk kepada bengkak buasir yang tertumpu pada bahagian dalam saluran dubur. Jenis kedua ialah buasir luaran di mana bengkak terjulur keluar dari bahagian dubur. Kedua-dua jenis buasir ini boleh berlaku secara berasingan atau serentak.

Dianggarkan sebanyak 50 peratus daripada penduduk di negara-negara Barat akan mendapat buasir selepas mencapai umur 50 tahun. Buasir juga sering terjadi di kalangan ibu-ibu mengandung disebabkan oleh janin yang membesar di dalam rahim ibu menekan saluran darah pada kawasan dubur sehingga menyebabkan berlakunya buasir.

  Ciri-ciri penyakit buasir 

Selain daripada bengkak yang amat ketara ketika mengalami buasir, tanda-tanda lain termasuklah rasa gatal pada lubang dubur, rasa kepanasan pada kawasan dubur selepas membuang air besar, rasa sakit yang berdenyut-denyut, sukar untuk membuang air besar dan rasa tidak selesa pada bahagian dubur apabila berdiri lama atau bertinggung. Kesakitan pada bahagian dubur menyebabkan pesakit akan mengalami perubahan di dalam corak membuang air besar.

 
Jenis-jenis buasir

Buasir dalaman
Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang lembut dan menyebabkannya berdarah.
Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.

Buasir luaran
Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir. Buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan.
Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir, adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya


  Rawatan pengubatan sendiri 

Jika ada tanda-tanda penyakit buasir seperti yang dinyatakan, pesakit perlu memahami keadaan penyakit jika ingin mendapatkan ubat bagi merawat buasir. Namun demikian, sekiranya terdapat tanda-tanda tambahan seperti pendarahan, najis atau cairan terkeluar dengan sendirinya tanpa disedari, penyakit buasir yang terjadi berulangkali atau buasir yang tidak sembuh melalui pengubatan sendiri selepas seminggu, maka pesakit perlulah mendapatkan rawatan lanjut daripada doktor pakar. Ini kerana kemungkinan terdapat penyakit-penyakit yang lebih serius yang diakibatkan oleh buasir tersebut termasuklah:
1.     Nanah di kawasan dubur yang disebabkan oleh jangkitan bakteria.
2.     Luka pada saluran dubur yang disebabkan oleh nanah yang bocor.
3.     Kanser pada bahagian dubur yang dicirikan juga dengan sembelit, pendarahan dan kesakitan pada kawasan dubur.
4.     Ketumbuhan pada kawasan dubur.

  Ubat untuk meredakan buasir 

Untuk melegakan kesakitan ketika diserang buasir, pesakit disyorkan agar kerap membuang air besar dan memastikan najis tidak keras serta menjaga kebersihan diri terutama sekali di kawasan dubur dan menggunakan ubat buasir.


Untuk menjaga kebersihan pada kawasan dubur, pesakit digalakkan untuk mencuci kawasan tersebut dengan lebih kerap dengan menggunakan sabun dan air selepas membuang air besar. Selain itu pesakit juga boleh merendamkan diri dalam air suam dua atau tiga kali sehari untuk selama 15 minit. Garam mandian juga boleh digunakan kerana ia berupaya untuk mengecutkan kawasan dubur yang bengkak.

Rawatan Alternatif dengan produk DHAB SINAI. 

Dapatkan produk kami, KAPSUL ANTI BUASIR yang sudah ada di pasaran.
KAPSUL ANTI BUASIR yang merawat  penyakit buasir dari tahap rendah hingga tahap kronik.
Dapatkan segera produk ini dari DHAB SINAI  sekarang !!!!

KAPSUL ANTI BUASIR

Info Mati Pucuk ~Lelaki Menderita Dalam Diam




Masalah mati pucuk ini biasanya berlaku bagi mereka yang berusia 40 tahun ke atas.Ia juga mungkin disebabkan jika individu tersebut mengalami kemalangan.Ini adalah kerana saluran darah di bahagian zakar mereka tersumbat.
Syarat utama menuju kebahagian perkahwinan ialah melalui mencapai potensi seksual atau kemampuan seks yang didambakan. Ia merupakan syarat paling utama. Kemampuan seks seorang suami memegang peranan penting dalam usaha membina kerukunan dan kebahagiaan rumahtangga.
Sebaliknya kehancuran rumahtangga yang disebabkan kerana tiadanya potensi seksual suami berpunca setelah adanya perjuangan yang memberikan hak dan peranan yang sama pada wanita dalam bidang seks.
Mati pucuk adalah cacat seks yang mengakibatkan seseorang tidak mempunyai keupayaan untuk bersetubuh. Mati pucuk ini merupakan kecacatan yang serius iaitu boleh menghancurkan perkahwinan kerana pasangan tidak dapat menghasilkan keturunan.
Orang lelaki yang tidak mampu melaksanakan persetubuhan disebut impoten apabila batang zakarnya lembik. Kalau dalam bahasa Arab disebut “Unnah” atau dalam bahasa kita sebagai “mati pucuk” pada batang zakarnya.
Hendaklah dibezakan antara impoten dan lemah zakar. Impoten adalah orang yang tidak mampu melakukan persetubuhan di mana batang zakarnya lemah, tidak boleh berdiri. Tetapi ia tetap mempunyai nafsu berahi yang amat besar. Sedang orang yang lemah zakar adalah orang yang mempunyai potensi seksual namun ia dingin sekali nafsunya untuk berhubung kelamin.
Dalam hal ini terdapat tingkat kemampuan seks, iaitu ada orang yang potensi seksualnya sederhana sahaja. Ada yang potensi seksual sangat besar dan ada pula yang sangat dingin.
Impotensi dapat dibahagikan kepada dua kategori iaitu:

Mati pucuk
Mati pucuk organik disebabkan oleh sesuatu penyakit dalam badan
ataukerana gangguan jasmaniah.

Lemah Zakar
Lemah zakar bererti tiadanya kesanggupan melakukan seks akibat gangguan mental.
Sebab-sebab mati pucuk organik antara lain adalah disebabkan berikut:
Setiap penyakit yang mempengaruhi bahagian kelamin seperti radang pada bahagian kelamin internal, kelenjar prostat yang lembik dan membengkak, bahagianvesicula seminalis di mana terdapat semen disimpan, tumor
Penyalahgunaan ubat-ubatan, alkohol, bius dan nikotin rokok dan sejenisnya Menyebabkan merosotnya daya seks.
Tekanan darah yang rendah dan penyakit kencing manis, boleh menjadikan seseorang mati pucuk.
Gaya hidup seseorang yang tidak sihat sejak lahir walaupun ini jarang berlaku adalah sebab terjadinya mati pucuk organik.
Umur tua juga akan mempengaruhi kemampuan untuk melakukan hubungan
kelamin sama ada boleh atau tidak.
Kebiasaan masturbasi (melancap) ie. Memuaskan nafsu seks dengan tangan akan menyebabkan mati pucuk.
Keletihan yang berlarutan juga menyebabkan mati pucuk.
Coitus interuptus atau persetubuhan terputus boleh menyebabkan seseorang mati pucuk. Cara ini menimbulkan radang pada vesikula seminalls.
Kesihatan yang terganggu berpunca dari penyakit-penyakit yang berkaitan dengan darah, jantung atau ginjal pun boleh mengurangi dorongan seks yang akhirnya berubah menjadi mati pucuk.

Lemah zakar disebabkan oleh:
Takut kalau isteri hamil merupakan sebab yang menyebabkan impotensi.
Orang yang bersetubuh dengan disertai rasa takut mendapat anak akan menyebabkan daya ereksi menjadi lemah.
Rasa jijik dari salah satu pihak boleh melenyapkan dorongan seksual suami.
Mengalami tekanan hidup seperti rugi dalam perniagaan, tekanan dan kegelisahamengenai pekerjaan mengganggu daya keinginan seks.
Rasa takut, muak dan bimbang dapat menurunkan daya keinginan seks.
Pada dasarnya gangguan mental adalah punca berlakunya lemah zakar.
Lelaki yang lemah zakar alat kelaminnya kelihatan normal.Tetapi tetapi batang penisnya tidak dapat bereksi sehingga tidak dapat menembus di dalam liang faraj waktu bersetubuh. Hal ini seterusnya boleh mengakibatkan gangguan jiwa.
Mati pucuk dan lemah zakar adalah dikategorikan sebagai suatu penyakit. Maka hendaklah berusaha menyembuhka. Usaha penyembuhan merupakan langkah yang baik. Dengan dapat mengatasi mati pucu dan lemah zakar bayangan kelam yang selama ini menghantui setiap pasangan suami-isteri akan bertukar menjadi sinar cerah.
Usaha menyembuhkan mati pucuk lebih mudah diatasi daripada lemah zakar. Usaha penyembuhannya mesti dilakukan secepat mungkin sebelum boleh mencapai tahap kronik. Ilmu kedoktoran menemui cara-cara yang sangat efektif untuk menyembuhkan mati pucuk ini. Di antara cara-caranya ialah melakukan pembedahan, menyuntik hormon kelamin lelaki yang sudah dimurnikan dan merawat menggunakan ubat-ubatan tradisional.
Pendek kata berkat kemajuan ilmu kedoktoran masa kini, masalah mati pucuk sudah dapat dikenalpasti dan diberi diagnosis iuntuk diatasi. Jadi kita usah berputus-asa bila dapat penyakit asal berikhtiar secepat mungkin dan berusaha dengan bersungguh-sungguh.
Cara mengatasi lemah zakar antara lain dengan melakukan penyelidikan latar belakang sejarah seseorang dari awal sehingga mendapat dari lemah zakar. Pekerjaan seperti ini harus ditangani oleh seorang ilmu kejiwaan Dan ini bererti penyelidikan dilakukan ke atas latar belakang kejiwaan pesakit itu.
Setelah melalui analisa yang mendalam ini dan diketemukan sebab-musababnya sesorang menjadi lemah zakar (iaitu ketakutan, atau kurang adanya kepercayaan akan kebolehan seseorang melakukan seks atau rasa muak terhadap perilaku isteri terhadap dirinya dan lain-lain lagi) sikap keterbukaan suami-isteri di dalam usaha menyembuhkan lemah zakar di hadapan doktor yang memeriksanya adalah perlu sekali. Jangan sekali-kali menyembunyikan masalah-masalah yang dirasakan mengaibkan daripada doktor pakar jiwa. Terangkan satu persatu masalah yang dihadapi.
Lemah zakar memerlukan usaha yang sabar dan lama. Tetapi usaha itu lebih cepat berhasil jika ada bantuan dari pihak isteri yang menjadi teman suami dalam hubungan kelamin. Dorongan isteri, kehalusan budinya, kesabarannya akan mempercepatkan proses pemulihan lemah zakar suaminya.
sumber :majalah timang
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
APAKAH tanda-tanda seseorang itu mengalami masalah mati pucuk? Adakah ia boleh diubati dan bolehkah seseorang lelaki mati pucuk mendapat zuriat?
KHAIRI,Skudai, Johor
———————————
MATI pucuk berlaku apabila lelaki mengalami rangsangan seksual tetapi zakarnya tidak menunjukkan sebarang respon atau dalam erti kata lain tidak menegang atau tiada ereksi.
Jika ia berlaku sekali-sekala, ia dikenali sebagai disfungsi erektil peringkat pertama. Jika kekerapannya semakin banyak adalah disfungsi erektil peringkat pertengahan dan jika terus berlaku, itu adalah mati pucuk tetap atau impotensi.
Ada juga mati pucuk yang berlaku secara tiba-tiba. Itu mungkin akibat tekanan psikologi atau perasaan. Jika berlaku secara berperingkat, ia mempunyai kaitan dengan masalah kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi, jantung atau pengambilan ubat darah tinggi.
Gaya hidup tidak sihat seperti merokok, mengambil minuman keras, tidak bersenam, obesiti dan tekanan juga adalah penyebab permasalahan ini.
Lelaki yang mengalami masalah mati pucuk tidak mampu bersetubuh dengan pasangan dan tentu tidak dapat menyalurkan air mani ke dalam faraj, kecuali jika dia dapat mengeluarkan air mani ke dalam bekas dan dimasukkan ke dalam faraj. Jika demikian, kemungkinan kehamilan berlaku ada. Jadi, lelaki mati pucuk sebenarnya masih mampu mencapai ejakulasi jika dia klimaks.
Mati pucuk berlaku apabila pengaliran darah ke dalam otot zakar tidak lancar. Jadi, otot zakar tidak padat dan tiada ereksi. Apabila pengaliran darah ke dalam otot zakar cukup, maka ereksi akan menjadi dan kekal.

 Dapatkan sekarang Kapsul yang dapat merawat masalah mati pucuk di pasaran sekarang !!!!

Kapsul Dhab
  • Mampu merawat masalah lelaki lemah tenaga batin,mati pucuk,
  • Merawat masalah cepat keluar mani dan zakar kurang eraksi dan tidak bertahan lama semasa bersama isteri.
  • Membangkitkan syahwat dan memberi kehangatan luar biasa dalam hubungan bersama.




 Apa tunggu lagi dapatkan sekarang produk Dhab Sinai... !!!  .....KAPSUL DHAB !!!

Slide Show Dhab Sinai

Dengar Alunan Suci Al-Qur'an (Klk: Surah Pilihan Anda)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KeDaI OnLiNe DhAb SiNaI 2011 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox