Masalah Buasir.



 
   Buasir merupakan penyakit yang terjadi pada bahagian dubur. Ia dapat dikesan dengan adanya pembengkakan pada saluran dubur. Selalunya, pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Bengkak yang terjadi adalah disebabkan oleh pengembangan saluran darah pada bahagian dubur atau ketumbuhan sel-sel yang melapisi saluran dubur. Selain bengkak pada saluran dubur, pendarahan semasa membuang air besar juga terjadi disebabkan oleh luka yang terjadi apabila najis keras bergesel dengan buasir.

Terdapat dua jenis buasir iaitu buasir dalaman yang merujuk kepada bengkak buasir yang tertumpu pada bahagian dalam saluran dubur. Jenis kedua ialah buasir luaran di mana bengkak terjulur keluar dari bahagian dubur. Kedua-dua jenis buasir ini boleh berlaku secara berasingan atau serentak.

Dianggarkan sebanyak 50 peratus daripada penduduk di negara-negara Barat akan mendapat buasir selepas mencapai umur 50 tahun. Buasir juga sering terjadi di kalangan ibu-ibu mengandung disebabkan oleh janin yang membesar di dalam rahim ibu menekan saluran darah pada kawasan dubur sehingga menyebabkan berlakunya buasir.

  Ciri-ciri penyakit buasir 

Selain daripada bengkak yang amat ketara ketika mengalami buasir, tanda-tanda lain termasuklah rasa gatal pada lubang dubur, rasa kepanasan pada kawasan dubur selepas membuang air besar, rasa sakit yang berdenyut-denyut, sukar untuk membuang air besar dan rasa tidak selesa pada bahagian dubur apabila berdiri lama atau bertinggung. Kesakitan pada bahagian dubur menyebabkan pesakit akan mengalami perubahan di dalam corak membuang air besar.

 
Jenis-jenis buasir

Buasir dalaman
Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang lembut dan menyebabkannya berdarah.
Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.

Buasir luaran
Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir. Buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan.
Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir, adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya


  Rawatan pengubatan sendiri 

Jika ada tanda-tanda penyakit buasir seperti yang dinyatakan, pesakit perlu memahami keadaan penyakit jika ingin mendapatkan ubat bagi merawat buasir. Namun demikian, sekiranya terdapat tanda-tanda tambahan seperti pendarahan, najis atau cairan terkeluar dengan sendirinya tanpa disedari, penyakit buasir yang terjadi berulangkali atau buasir yang tidak sembuh melalui pengubatan sendiri selepas seminggu, maka pesakit perlulah mendapatkan rawatan lanjut daripada doktor pakar. Ini kerana kemungkinan terdapat penyakit-penyakit yang lebih serius yang diakibatkan oleh buasir tersebut termasuklah:
1.     Nanah di kawasan dubur yang disebabkan oleh jangkitan bakteria.
2.     Luka pada saluran dubur yang disebabkan oleh nanah yang bocor.
3.     Kanser pada bahagian dubur yang dicirikan juga dengan sembelit, pendarahan dan kesakitan pada kawasan dubur.
4.     Ketumbuhan pada kawasan dubur.

  Ubat untuk meredakan buasir 

Untuk melegakan kesakitan ketika diserang buasir, pesakit disyorkan agar kerap membuang air besar dan memastikan najis tidak keras serta menjaga kebersihan diri terutama sekali di kawasan dubur dan menggunakan ubat buasir.


Untuk menjaga kebersihan pada kawasan dubur, pesakit digalakkan untuk mencuci kawasan tersebut dengan lebih kerap dengan menggunakan sabun dan air selepas membuang air besar. Selain itu pesakit juga boleh merendamkan diri dalam air suam dua atau tiga kali sehari untuk selama 15 minit. Garam mandian juga boleh digunakan kerana ia berupaya untuk mengecutkan kawasan dubur yang bengkak.

Rawatan Alternatif dengan produk DHAB SINAI. 

Dapatkan produk kami, KAPSUL ANTI BUASIR yang sudah ada di pasaran.
KAPSUL ANTI BUASIR yang merawat  penyakit buasir dari tahap rendah hingga tahap kronik.
Dapatkan segera produk ini dari DHAB SINAI  sekarang !!!!

KAPSUL ANTI BUASIR

No comments:

Post a Comment

Slide Show Dhab Sinai

Dengar Alunan Suci Al-Qur'an (Klk: Surah Pilihan Anda)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
KeDaI OnLiNe DhAb SiNaI 2011 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox